Monday, March 30, 2009

KAJIAN LPPP

PROGRAM X-PERT GROUP
LUJNAH PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN
KELAB IQRA’ 2009


1.0 LATAR BELAKANG
Menyelusuri era globalisasi ini, keperluan kepada kerja yang terancang
dan strategik adalah amat perlu, lebih-lebih lagi kepada organisasi
islam yang membawa agenda dakwah kepada ummah khusunya di alam
kampus dan masyarakat umum amnya. Kerja yang terancang dengan
tindakan yang berasaskan maklumat dan fakta yang jelas dan tepat amat
perlu dalam melestarikan gerakan dakwah yang optimis. Justeru melihat ke
arah keperluan kini Lujnah Penyelidikan Pembangunan dan Perpaduan
Kelab Iqra’ mengambil langkah inisiatif untuk menubuhkan satu badan atau
unit yang dinamakan ’ expert group’ yang berfungsi sebagai badan bertindak
untuk mengumpul maklumat, memproses dan menganalisa serta
mengemukakan cadangan-cadangan tertentu bagi menangani isu-isu kritikal
seperti masalah couple, etika pemakaian, gejala sosial dan sebagainya
yang telah memanipulasikan masyarakat kampus. Impaknya mahasiswa kini
dipandang enteng oleh masyarakat luar. Penubuhan unit expert group ini juga
mempunyai matlamat jangka masa panjang yang mana Kelab Iqra’ akan
menghasilkan satu manual yang akan mengemukakan beberapa cadangan
terbaik bagi mengatasi masalah sosial yang melanda masyarakat di kampus
berdasarkan statistik dan fakta tertentu.


2.0 TEMA
“ Bangunkan kemahiran, tingkatkan kesedaran, bangkitkan kemahuan”

3.0 SASARAN
Penggerak kelompok

4.0 METODOLOGI
Terbahagi kepada 2 kumpulan:
a) Kumpulan 1 : Isu Couple
b) Kumpulan 2 : Isu etika pemakaian